Thursday 6 October 2011

esok da EXAM.. tolong aku wOnDeRpEt!!

STRESS.STRESS.STRESS.STRESS.STRESS.STRESS.STRESS.STRESS.STRESS!!



buat mase ni...ak mampu berkata yang ''AKU SEDANG STRESSSSS''
STRESS sbab ape aku tanakk la bgtaw.. jap pantun2,
HAJAT HATI NAK PERGI RUSIA, BIARLAH RAHSIAA... kui3

tp salah satu sebabnye ~ esok da nak exam..satu patah hram pon xmsok kt kpale ni. #napelahesokakaun!!# hayy..nmpak gaye 1bulan ni jarang ler ak on9 fb..<=yelahtuew ,,ckp xsrupe bikin)  :-/

berckp psal stress ni.. aku ade bnde nk kongsi sket...

Cara Nak Hilangkan STRESS
1. Dengar Lagu
2. Bergayut ngan kwn2.. ~sukehati la nk gayut pkai ape skalipon
3. Tonton video Mathlutfi o Anwarhadi.. <=ni care aku laa
4. Manjekan diri sendiri.. (cm mne tu =________=)
5. Bermanje ngan yg trsayang ke.. #jgn salah org
6. Tulis Blog ke krangan atau ape2 yg kau minat
7. Buat sesuatu yg pelik.. cth: berenang atas katil ke.. O.o
8. Keluar rumah, masuk balik, keluar..masuk balik... JGN x balik2 sudah
9. Tidor la apelagi...
10. kalau xilang jgak.. pegi amek wudu' dan smbahyang le.e






                          #kdg2 tu..smpai da 1 tahap ape yg aku tgok, aku stress#

tp xpe enjoy with this storymory..lalala
here we go...

Harta Pusaka Nenek
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
Rizal yang Insaf
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Hadiah Cincin Berlian
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Kahwin Lain
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.
Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”
Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”
Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


Jangan Takut
Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”



amacam?ilang stress x?
Aku ambik cite-cite nie kat google..jer..sharing is caring..right? 
haha


hidup jgn trlalu stress nanti kang........jeng3

                             xmo stress2 ea.. t hormon pon lari~ngeee
                                                            bye!